20191022

Coretan: Buntu

Hari ini, aku melangkah lemah lagi.
Boleh dikatakan saban hari.
Hilang entah ke mana semangatku.
Alangkah indah jika hariku bersulam ceria.
Jauh dari duka.

Permintaan hati yang aku sendiri tak pasti, buntu.
Apalah yang ia mahukan?
Menanti sebuah jawapan itu penyeksaan.
Kabur.

Longlai langkahku, aku merasa pedih.
Pedih mengheret sebuah keterpaksaan.
Sekali lagi berbisik, apa yang ia mahu?
Sepi.

Impian aku, gembira.
Bahagia dengan langkah biarpun tidak seberapa.
Bagiku, yang separuh itu penuh.
Yang penuh itu rugi.
Entah apalah yang ia mahu.
Buntu lagi.

No comments: