20180830

Harapan

Masih terngiang-ngiang
Segala jenis harapan
Yang pernah disandarkan
Tatkala diri ini masih cuba bangkit
Dari kegagalan semalam
Saat yang hanya diri ini tahu dan sedar
Bahawasanya setiap nyawa, pasti akan merasa.

Beratnya sebuah harapan itu
Bila ianya dituju pada diri
Bukan untuk diharap balasan
Tetapi harapan yang disemai
Untuk mencorak masa depan
Kerana kegagalan bukanlah satu noktah
Sekadar menjadi asam garam
Untuk lebih menghargai kejayaan.

Biarlah yang pasti itu rahsia
Biarlah yang sakit itu nyata
Harapan terbayar, bila tiba masa.

No comments: