20160724

Kenangan

Mengimbau kembali kenangan,
Bukan sesuatu yang indah.
Kerana kenangan itu perit.
Tipulah,
Kalau kata ada kenangan yang membahagiakan,
Kerana kita, kau dan aku,
Tidak lagi di masa itu,
Mana mungkin kau akan bahagia lagi.
Kerana masa yang berlalu,
Tidak akan berulang lagi.
Masa yang dahulunya bahagia,
Manakan boleh berputar kembali,
Manakan boleh dirasai lagi,
Ia tidak akan sama,
Perasaannya,
Suasananya,
Yang kau dan aku akan rasa,
Hanya perit.

No comments: