20160724

Khilaf

Terkadang kita merasakan dunia ini kejam.
Terkadang jua kita merasakan hukum alam seakan tidak adil.
Dan terkadang kita merasakan hidup ini seperti pentas berhunikan boneka.

Itulah apa yang aku rasa,
Bilamana semuanya seakan menghentamku,
Ingin meihat aku jatuh,
Ingin melihat aku rebah,
Dan ingin melihat aku musnah.

Saat itu,
Saat aku mula merasa sesaknya nafasku,
Saat aku mula merasa lelahnya hidup,
Aku melihat kiri dan kananku,
Aku sedar,
Tempatku berpaut sudah runtuh,
Ranap.
Dek kerana khilafku,
Yang menyandarkan kebergantungan hidup,
Pada seorang insan melebihi Si Pencipta.

Salahku,
Memang salahku,
Mengutamakan yang bukan seharusnya.
Menyanjung yang bukan sepatutnya.
Dan aku sedar,
DIA sedang mendugaku.
Mungkin juga sedang menghukumku.
Di atas kebodohan aku,
Sendiri.

Lalu mengapa menyalahkan takdir?
Mengapa protes pada ketentuan?
Yang aku berhak terima,
Yang mungkin juga engkau harus telan.
Untuk sebuah ganjaran,
Atau pengajaran.
Kerana tidak ada yang tidak adil,
Tanpa izin-Nya.

No comments: